☺SELAMAT DATANG KE BLOG MY DIARY OFFICIAL BLOGSPOT®,JANGAN LUPA FOLLOW AND LIKE.TAK SUKA SAYA ? TAKPE SAYA TAK KESAH.☺

21.4.13

Perginya cinta




Mesej terakhir awak :-
Awak adalah perkara yang terbaik di dalam hidup saya.kenangan lalu akan menjadi peneman kala kesunyian.masa akan menentukan segala-galanya.saya sentiasa menanti kehadiran awak kembali dalam hidup saya .Namun apakan daya, perasaan terkilan itu masih terasa.Demi meneruskan hidup ini dan demi Kebahagiaan awak,Saya lepaskan awak untuk mencari bahagia itu.

Namun apakan dayaku, aku tidak mampu menolak takdirku. Qada dan Qadarku. Janji yang telah aku pateri kepada Allah swt di Loh Mahfudz. Ya Allah,berilah aku ini kekuatan dalam meneruskan hidup ini. Aku cuba untuk menjadi anak yang solehah. Aku tidak mahu terus-terusan dihimpit pertanyaan yang macam-macam. Mungkin ada yang bertanya, kenapa tidak ku pertahankan cinta itu. Kenapa aku tidak kuat untuk mengatakan pada mereka yang aku tidak mahu menerima insan lain dalam hidupku. Kenapa aku biarkan saja..kenapa aku biarkan saja.Aku tidak mampu untuk menoleh ke belakang lagi. Walau sekuat mana hatiku ditinggalkan, aku terpaksa mengorak langkah meninggalkan persada yang pernah aku lena. Aku kini cuba untuk menguatkan langkahku menapak di pelabuhan yang baru di bina. Aku cuba menitipkan sisa-sisa cinta yang masih ada.Buat mu, ketahuilah dikau, aku tidak pergi dengan hati yang suka, aku pergi dengan hati yang lara. Hati yang entah bila akan menitipkan kembali cinta yang telah padam.Ya Tuhan….kiranya ini penentuan Mu, kiranya ini lukisan hidupku. Aku terima dengan redha. Ku pohon agar segala kekusutan ini terlerai dan permudahkan segala urusan ku didunia ini.Aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu dan kebahagiaan mu. Kita tidak dijodohkan ‘A’. Kita hanya lah manusia-manusia yang bertemu atas kehendak Allah swt. Dan kini, ku lepaskan cinta itu pergi pergi yang tidak mungkin akan kembali.



31.3.13

3 tahun aku sabar

 
Hye peeps and my silent readers , sorry hari nie nak update blog . Nak luahkan apa yang terpendam dalam hati . hmm . sedih , kecewa , berharap , menangis itulah saya . Saya berharap awak berubah , bukan untuk saya tapi untuk orang disekeliling awak . awak ketahuila saya sayangkan awak , saya tak nak tengok awak lalai dengan kawan-kawan awak , saya tak nak awak rosak bila bersama kawan-kawan .Kawan-kawan awak semua nak gunakan awak , sebab dia orang tahu awak sekarang dah ada segala-galanya . Saya jaga awak , saya always tanya awak sekarang ada kat mana . Saya tak nak awak tipu saya . Tapi semua tuh dah terbangkit . Dulu awak selalu cakap , awak rela kehilangan kawan daripada kehilangan saya . Now awak pilih untuk kehilangan saya daripada kehilangan kawan awak . Saya sedih sangat bila ingat kembali semua janji awak . Tak pelah awak , lau itu yang awak nak saya rela lepaskan awak , biarla hati kecil saya menangis kerana terpaksa lepaskan awak . Terlalu banyak kenangan saya bersama awak .

Biarpun hubungan kita sekarang ini seperti goyah , tapi saya redha . Saya tahu apa yg saya lakukan mungkin keterlaluan tapi itu semua sebab saya sayangkan awak . Saya akan cuba pertahankan hubungan kita sedaya upaya saya . Saya percaya pada awak . Saya percaya pada jodoh . Saya percaya pada Allah . Andai kata saya harus serahkan awak pada sesiapa , biarlah dia memunya awak secara hak , bukan sementara seperti saya , sementara . Awak , kalau tiga tahun ini kita dah berjaya lalui , kenapa bukan untuk beberapa tahun akan datang atau untuk selamanya ?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah , Seandainya telah Engkau catatkan, Dia milikku tercipta buatku, Satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah kebahagiaan antara kami , Agar kemesraan itu abadi…
Tetapi Ya Allah, Seandainya telah Engkau takdirkan, Dia bukan milikku, Bawalah dia jauh daripada pandanganku, Luputkanlah dia dari ingatanku, Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti, Berikanlah aku kekuatan, Menolak bayangannya jauh ke dada langit, Hilang bersama senja yang merah,Agarku sentiasa tenang, Walaupun tanpa bersama dengannya…Ya Allah yang tercinta…Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkanAdalah yang terbaik untukku…Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Amin ,

rinduu saya pada awak seperti hujan yang menghiasi awan yang dihiasi pelangi .seperti pantai dengan ombaknya .seperti OMBAK RINDU .dan mungkin juga seperti malam yang terang dihiasi bulan dan bintang .rasa rindu dan kasih sayang sayapada awak tak boleh dipisahkan kerana rindu dan kasih saya pada awak tidak memerlukan alasan .rinduu saya pada awak seperti matahari yang terus menyinari bumi walaupun bumi menolak ..mungkin ,, bagi orang lain semua tuhh tak penting .tapi ,bagi saya .nih semua yang terindah .saya betul - betul rindu semua kenangan kita , dari kita kecil sehinggalah awak pergi tinggalkan saya . awak menyinari hidup saya , awak bersama saya dari mula hingga ke akhir hidup awak .dari hari saya kenal awak , dan dari hari awak tinggalkan saya , saya tak pernah berhenti berfikir tentang awak . macam mana untuk saya lupakan semua nihh ??



 
Tempelate Designed by WaWa ZaRa|Copyright©2011.All Right Reserved by Nur Fathehah Azwa